Wednesday, November 13, 2019

Perbahasan YB Wong Hon Wai semasa Peringkat Jawatankuasa Kementerin Luar Negeri bagi RUU Perbekalan 2020

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri bagi RUU Perbekalan 2020 pada 7/11/2019

Ya terima kasih Tuan Pengerusi. Untuk Kementerian Luar Negeri, untuk peruntukan mengurus yang diterima sebanyak RM724 juta dan juga pembangunan RM93 juta, sejumlah RM17 juta, kedudukan ke-20 dalam senarai kementerian. Walaupun 0.4 peratus daripada Federal Budget.


Walau bagaimanapun, saya rasa Kementerian Luar Negeri merupakan satu kementerian yang amat penting untuk menguruskan hubungan diplomatik apabila kita memasuki era globalisasi. Saya juga mengambil, alu-alukan Forum Policy Framework of the New Malaysia dengan tajuk Change in Continuity’ dengan highlight new Malaysia, Malaysia baharu. Saya harap dengan dasar-dasar diplomatik kita harus lift up to the expectation iaitu kepada pembentukan satu Malaysia yang baharu.

Butiran yang saya ingin bangkitkan Tuan Pengerusi ialah 030300 – Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT). Saya ingin meminta supaya- kerana terdapat penambahan terdapat bajet daripada RM4.5 juta tahun lalu dinaikkan kepada RM6.04 juta. Saya ingin meminta supaya- kerana terdapat banyak agensi yang memainkan peranan untuk mencegah keganasan. Antaranya di bawah Kementerian Luar Negeri dan juga di bawah polis, E8, di bawah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas yang juga bertanggungjawab untuk pencegahan keganasan.

Akan tetapi saya meminta supaya SEARCCT ini menjadi satu leading agency untuk mencegah keganasan . Ini kerana kita tidak boleh hanya bagi kepada E8 Cawangan Khas di bawah polis. Ia harus diangkat sebagai satu leading agency kerana saya dapati bahawa isu-isu keganasan ini perlu ada perspektif, hubungan antarabangsa dan perlu ada di kemas kini. Ini kerana kalau mengikut mitologi oleh E8 tanpa rujukan kepada Kementerian Luar Negeri ia akan mungkin tidak mempunyai hala tuju yang baik.

Selain itu saya ingin juga membangkitkan isu 020800 – Sekretariat Kebangsaan Asean dan juga 030200 – Hal Ehwal Maritim. Saya ingin mendapat tahu apakah hasil ASEAN Summit yang dihadiri oleh Perdana Menteri dan juga Menteri Luar yang baru-baru berlangsung di Bangkok. Apakah hala tuju, Code of Conduct Laut China Selatan yang begitu penting untuk memastikan keamanan yang berlaku di Laut China Selatan. Apakah hala tuju untuk perkongsian maklumat ataupun tentang Code of Conduct untuk Laut China Selatan.

Di samping itu untuk Butiran 020000 iaitu di bawah tajuk Hubungan Diplomatik dan Kerjasama Pelbagai Hala. Saya dapati bahawa banyak negeri-negeri di persekutuan, banyak majlis perbandaran di Malaysia, mereka telah mengadakan hubungan friendship city. Contohnya Kuala Lumpur dengan Los Angeles dan sebagainya, satu friendship city antara city dengan city.

Akan tetapi perkara ini tidak- dan ia menjadi begitu kerap dan saya ingin mendapat satu penjelasan daripada Wisma Putra ataupun Yang Berhormat Menteri Luar Negeri bagaimanakah isu, sama ada ada satu garis panduan ataupun free-for-all, ibu-ibu kota dan negeri-negeri boleh mengadakan friendship city dengan sebanyak negara, yang pada dulunya dipanggil sister city” ini. Apakah beza friendship city dengan sister city ini? Bagaimana hubungan diplomatik bukan sahaja dijalankan oleh Wisma Putra tetapi juga diplomasi dijalankan oleh negeri-negeri, diplomasi dijalankan oleh pihak majlis perbandaran.

Di bawah Butiran 050500 – Sumbangan Tahunan Pertubuhan Antarabangsa. Baru-baru ini saya membaca berita bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mempunyai hutang yang tinggi dan menghadapi masalah untuk membayar kepada staf-stafnya. Saya ingin dapat tahu sama ada di bawah butiran ini sama ada Malaysia menjalankan obligasi antarabangsanya memberikan, membayar yuran-yuran tahunan kepada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Ini saja yang saya ingin bangkitkan. Terima kasih.

No comments: